Talaqqi Bersanad
kelas
TALAQQI BERSANAD
ONLINE & BERSEMUKA
Apa itu Ijazah / Sanad?
Ijazah bermaksud pengiktirafan daripada seorang guru yang membenarkan bagi seorang murid mendapat pengiktirafan bahawasanya dia telah membaca seluruh Al-Quran samada dengan melihat atau tanpa melihat mashaf berserta tajwid dengan teliti pada satu riwayat atau riwayat-riwayat yang hendak diiktiraf. Dengan pengiktirafan ini, murid tersebut menjadi seorang yang bersambung sanadnya kepada Nabi Muhammad SAW, serta termasuk di dalam senarai mereka yang mempelajari kitab Allah Taala dengan sanad yang bersambung kepada Nabi SAW.
Kepentingan Ijazah / Sanad
1. Imam Ibnu Mubarak telah menukilkan daripada Imam Muslim di dalam muqaddimah kitab sahihnya bahawa dia berkata: “Bersanad adalah dari agama, sekiranya tanpa sanad maka manusia akan berkata sesuka hatinya”, dan dia juga berkata: “Menuntut sanad yang bersambung adalah sebahagian dari agama”.
2. Daripada Ali Al-Qari : “Sanad adalah satu anugerah untuk ummat ini, dan satu sunnah yang di tuntut.”
3. Daripada Sufyan As-Shauri dia berkata tentang kelebihan bersanad bahawa “Sanad adalah senjata orang mukmin.”
4. Berkata Ibnu Kathir di dalam kitab ‘Al Ba’iu Al Hathith’ : “Sesungguhnya sanad itu adalah satu keistimewaan dari ummat ini, dan ianya tidak terdapat pada ummat dulu, yang membolehkan sanad itu bersambung terus kepada nabi.”
5. Berkata Al Hafiz Abi Bakr Muhammad Al Asbahani : “Telah sampai kepadaku bahawa ALLAH mengkhususkan kepada ummat ini akan 3 perkara yang tidak di beri kepada ummat dahulu : bersanad, Al Ansab dan Al I’rab.”
TUJUAN PROGRAM
1. Ingin memperbanyakkan bilangan manusia yang membawa Al-Quran dengan baik dan bersambung sanadnya kepada nabi S.A.W, untuk menjaga Al-Quran daripada kesalahan dan penyelewengan.
2. Supaya manusia beramal/bergerak untuk menyebarkan sanad-sanad yang sahih yang dipercayai oleh ahlinya dan menutup pintu pembohongan.
Jenis-Jenis Ijazah / Sanad Al- Quran
1. IJAZAH SECARA MELIHAT AL-QURAN
Ia bermaksud : Seorang pelajar membaca Al-Quran sepenuhnya dengan baik, tekun, secara melihat Al-Quran, serta menjaga makheraj huruf dan sifat sifatnya. Dan tetap dengan hukum hukum tajwid.
2. IJAZAH / SANAD SECARA TASMI' ATAU SECARA TIDAK MELIHAT AL-QURAN
Seorang pelajar membaca Al-Quran sepenuhnya dengan baik, tekun secara TASMI’ maksudnya tanpa melihat kepada Al-Quran dan menjaga makhraj huruf dan sifat-sifatnya serta tetap dengan hukum hukum tajwid.
KATEGORI IJAZAH (SIJIL-SIJIL)
- Ijazah membaca Al-Quran dengan sanad yang sampai kepada Rasulullah, SAW.
- Ijazah membaca Al-Quran dengan sanad yang sampai kepada Rasulullah SAW. Hanya pelajar yang ambil ijazah sanad Al-Quran secara tasmik (tanpa melihat Al-quran) sahaja yang diberi kebenaran untuk mengijazahkan kepada orang lain.
KEISTIMEWAAN PROGRAM
- Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajian Al-Quran yang memiliki ijazah bacaan Al-Quran dalam riwayat Hafs daripada ‘Asim dan riwayat-riwayat yang lain.
- Program ini menyediakan pengajian Al-Quran dengan bacaan riwayat Hafs dari ‘Asim melalui tariq Shatibi.
- Kursus khas tentang ilmu Tajwid dan sejarah riwayat Hafs dari ‘Asim.
- Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan ijazah bacaan Al-Quran daripada Akademi Imtiaz.
- Masa kelas fleksible (untuk kelas Individu sahaja)
- Kadar bayaran yuran yang rendah.
medium pembelajaran
1. SECARA ONLINE
Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar
Komputer / Laptop
Tablet
Smartphone
KEPERLUAN
Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :
- Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
- Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
- Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan
Zoom Cloud Meeting
Untuk Kelas Live
Telegram
Untuk Kelas Audio/Rakaman
Headphone
Kegunaan Semasa Kelas
2. SECARA BERSEMUKA
Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Imtiaz Academy, PT 2735 Aras 1, Wisma Persatuan Jamaah Al-Quddus, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
3 PILIHAN YURAN
INDIVIDU
- Masa : 30 Minit/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (Minima)
- Tempoh : 4 Semester
- Yuran : RM100/Sebulan
INDIVIDU
- Masa : 1 Jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (Minima)
- Tempoh : 2 Semester
- Yuran : RM200/Sebulan
KUMPULAN
- Masa : 1 Jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 4 Semester
- 1 Semester : 5 Bulan
- 4 Pelajar Setiap Kelas
- Yuran : RM250/Semester