Qiraati

Kelas
Qiraati Online & BERSEMUKA

Mempelajari cara menyebut huruf dan sebutan kata-kata dalam Al-Quran

Program Tamhidi adalah penting bagi pelajar baru (Tahap Rendah) :

1. Program belajar membaca huruf-huruf dan kata-kata Arab
2. Program belajar makhraj huruf arab dan sifatnya

Kurikulum Pengajian :
Buku Nur Al-Bayan (Kaedah asas membaca dan kaedah membaca Al-Quran dengan baik)

1. Program belajar membaca huruf-huruf dan kata-kata Arab

Sesungguhnya setiap bahasa mempunyai tulisan atau gambaran yang di bentuk melalui suara Bahasa  Arab berbeza dari sudut hurufnya berbanding bahasa lain membaca huruf-huruf  bahasa arab memerlukan kepada pembelajaran, latih tubi, praktikal dan penulisan.

Hakikatnya Bahasa Arab adalah di antara bahasa yang mudah untuk di pelajari dari sudut pembacaan. Firman Allah : Dan sesungguhnya kami mempermudahkan Al quran untuk mengingatinya. Ini terbukti betapa ramainya bangsa yang bukan arab mempelajarinya dalam jangka masa yang lama kerana mereka mempercayai bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya ilmu itu didapati dengan belajar. 

Di Akademi Imtiaz pelajar akan mampu untuk mempelajari pembacaan huruf-huruf Bahasa Arab dengan menggunakan teknik mudah sehingga pelajar dapat menguasainya.

2. Program belajar Makhraj Huruf Arab dan Sifatnya

Sesungguhnya setiap bahasa mempunyai huruf-huruf tertentu dan setiap huruf mempunyai sebutannya. Perbezaan ini di sebabkan dua perkara :

PERTAMA : Tempat keluar huruf atau di sebut makhraj.
KEDUA : Sifat yang membezakan setiap huruf, samada huruf  itu mempunyai makhraj yang tersendiri atau makhraj yang berkongsi dengan huruf lain.

Kemudian setiap huruf mempunyai masa khas apabila bertambah atau berkurang makna huruf tersebut akan cacat atau boleh membaca kepada ketiadaan makna. Oleh yang demikian, mereka yang ingin mempelajari Al Quran dan Bahasa Arab perlu mengetahui ilmu Al Aswat (ilmu yang membahas tentang huruf dan sifat). Di Akademi Imtiaz, pelajar akan mempelajari makhraj dan sifat huruf-huruf  bahasa arab dengan menggunakan teknik yang berkesan.

KEISTIMEWAAN PROGRAM

  1. Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajian Al-Quran dan ilmu Tajwid dari negara Arab dan Malaysia.
  2. Pelajar akan mempelajari ilmu Tajwid berdasarkan riwayat Hafs dari ‘Asim melalui tariq Al-Shatibi.
  3. Program disediakan oleh panel pakar dalam bidang ini.
  4. Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan sijil daripada Akademi Imtiaz.
  5. Pelajar yang layak boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Program Tahsin Tilawah dan seterusnya Ijazah Sanad Al-Quran.
  6. Masa kelas fleksible (untuk kelas Individu sahaja).
  7. Kadar bayaran yuran yang rendah.

medium pembelajaran

1. SECARA ONLINE

Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar

Komputer / Laptop

Tablet

Smartphone

KEPERLUAN

Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :

  • Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
  • Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
  • Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan

Zoom Cloud Meeting

Untuk Kelas Live

Telegram

Untuk Kelas Audio/Rakaman

Headphone

Kegunaan Semasa Kelas

2. SECARA BERSEMUKA

Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Imtiaz Academy, PT 2735 Aras 1, Wisma Persatuan Jamaah Al-Quddus, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

3 PILIHAN YURAN

INDIVIDU

RM 25
00
Setiap Kelas
  • Masa : 30 Minit/Kelas
  • Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
  • Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
  • Kelas 4 Kali Sebulan (Minima)
  • Tempoh : 4 Semester
  • Yuran : RM100/Sebulan
  •  
  •  

INDIVIDU

RM 50
00
Setiap Kelas
  • Masa : 1 Jam/Kelas
  • Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
  • Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
  • Kelas 4 Kali Sebulan (Minima)
  • Tempoh : 2 Semester
  • Yuran : RM200/Sebulan
  •  
  •  

KUMPULAN

RM 50
00
Setiap Bulan
  • Masa : 1 Jam/Kelas
  • Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
  • Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
  • Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
  • Tempoh : 4 Semester
  • 1 Semester : 5 Bulan
  • 4 Pelajar Setiap Kelas
  • Yuran : RM250/Semester
Klik Di Sini
1
Chat Imtiaz Academy
Assalamu'alaikum.
Boleh kami bantu tuan/puan?