Kurikulum
keistimewaan belajar di imtiaz academy
1. Dapat belajar Al-Quran dengan sanad ijazah yang sampai kepada Rasulullah SAW secara online.
2. Mengetahui hukum-hukum tajwid.
3. Mengindahkan lagi bacaan Al-Quran.
4. Mengetahui ilmu-ilmu syariat islam.
5. Dapat mengetahui bahasa arab daripada awal sehingga mahir.
6. Dapat belajar pada bila-bila masa di mana anda berada mengikut kesesuaian anda dengan menggunakan teknik-teknik moden dan terkini seperti :
- Belajar secara langsung dengan melihat kepada pensyarah dan dapat bersoal jawab dengannya.
- Rakaman suara.
- Kitab-kitab terkini.
- Perbuatan harian bila menggunakan alat telekomunikasi dengan teratur.
7. Pendaftaran adalah terbuka kepada semua pelajar samaada di Malaysia, Singapura, Brunei serta Thailand.
8. Pembelajaran juga adalah terbuka untuk semua peringkat umur.
bagaimana mendaftar di imtiaz academy?
1. Pelajar menyertai ruangan Imtiaz.
2. Pelajar memilih program pembelajaran yang sesuai dengannya.
3. Pelajar mengisi borang pendaftaran dan menghantar hanya di ruangan elektronik Imtiaz.
4. Pelajar menyediakan yuran sebanyak RM50.00 sahaja.
5. Pihak pengurusan Imtiaz akan menghubungi pelajar melalui telefon, whatsapp dan email. Sama ada pelajar dari Malaysia mahupun dari luar negara.
bagaimana memulakan pembelajaran di imtiaz academy?
1. Selepas berdaftar di ruangan Imtiaz akan dilantik seorang guru khas untuk pelajar.
2. Menentukan jadual pembelajaran pada hari dan waktu di ruangan Imtiaz.
3. Pelajar akan berhubung melalui email atau mesej secara rahsia.
4. Melatih pelajar dengan sempurna mengikut Program Khas membolehkannya menulis dan bertutur serta dapat melihat guru.
5. Menentukan waktu pembelajaran dengan teratur (dinamik) di bawah penyeliaan panitia guru-guru.
6. Pelajar dapat belajar melalui saluran pembelajaran yang berbeza:
- Belajar secara langsung dengan ustaz-ustaz
- Belajar melalui telegram
- Belajar melalui zoom (live)
- Video akan dihantar kepada pelajar-pelajar bagi menerangkan setiap pelajaran
- Rakaman suara setiap pelajaran
- Buku teks PDF akan diberikan kepada setiap pelajar
kaedah hafazan al-quran
di imtiaz academy
TEKNIK HAFAZAN YANG BAIK
Untuk berjaya menguasai teknik hafalan al Quran ini, pelajar mesti mengikuti panduan berikut :
في البداية سوف يقرأ المعلم المقطع الذي سيحفظه أمام الطالب، والطالب يستمع، ويردد القراءة خلف أستاذه
Pada permulaannya guru akan membaca bahagian ayat yang akan dihafal kepada pelajar dan pelajar akan mendengar serta mengulangi bacaan selepas bacaan gurunya.
يعيد المعلم قراءة المقطع مرتين، والطالب يستمع ويردد
Guru mengulangi bacaan bahagian ayat yang akan dihafal sebanyak dua kali, dan pelajar mendengar serta mengulangi bacaan tersebut.
يتأكد المعلم أن الطالب ينطق الكلمات بشكل صحيح، ويتأكد من ضبط الطالب لمخارج الحروف وصفاتها
Guru akan memastikan pelajar menyebut perkataan (daripada ayat al Quran) dengan cara yang betul dan memastikan pelajar dapat mengenali makhraj (tempat keluar) huruf dan sifat-sifatnya.
يعيد الطالب قراءة المقطع، والمعلم يستمع له، ويصحح الأخطاء للطالب
Pelajar mengulangi bacaan bahagian ayat yang dihafal dan guru akan mendengar bacaan tersebut serta membetulkan kesalahan pelajar.
يقرأ المعلم مع الطالب ترجمة وتفسير الآيات إن كان هناك وقت، أو يقوم الطالب بذلك بنفسه بتوجيه من المعلم
Guru akan membaca bersama pelajarnya terjemahan dan tafsiran ayat-ayat jika ada kesempatan masa, atau pelajar melakukan sendiri perkara tersebut di bawah bimbingan gurunya.
يستعد الطالب للحفظ فيختار الوقت المناسب لذلك
Pelajar bersiap sedia untuk menghafal dan memilih masa yang sesuai untuk hafalan tersebut.
KEDUA : PELAJAR MESTI MEMATUHI ARAHAN BERIKUT :
على الطالب أن يلتزم بخطة الحفظ، وأن يسير في حفظه وفق الجدول المرفق بالخطة
Pelajar perlu mematuhi teknik hafalan, dan hafalannya mengikut jadual yang dilampirkan bersama teknik hafalan yang baik.
الطالب بالخيار بين أن يبني على حفظه السابق أو أن يبدأ من الصفر، والأفضل أن يبدأ من الصفر ولا يبني على حفظه السابق
Pelajar mempunyai pilihan sama ada memulakan hafalannya dari hafalan yang sedia ada atau bermula dari awal (ayat pertama al Quran). Cara yang lebih baik adalah bermula dari awal dan tidak menyambung dari hafalan yang sedia ada.
مقدار الحفظ اليومي ثابت، ولكن قد يزيد أحيانا، وينقص أحيانا
Kadar ayat yang dihafal setiap hari adalah tetap, tetapi kadang-kadang boleh ditambah atau dikurangkan.
المراجعة مهمة جدا
Murajaah (mengulangkaji bacaan) adalah sangat penting
قراءة ترجمة وتفسير الآيات
Baca terjemahan dan tafsiran ayat (untuk menambahkan lagi kefahaman tentang ayat yang dihafal).
حين يبدأ الطالب في الحفظ علي الطالب أن يكرر المقطع المطلوب حفظه 15 مرة، ويزيد على ذلك ولا ينقص
Semasa pelajar mula menghafal al Quran, pelajar mesti mengulangi bahagian ayat yang dihafal sebanyak 15 kali atau lebih dan jangan kurang daripada itu.
على الطالب أن يستشعر أنه يقرأ كلام الله سبحانه وتعالى، ولذلك فلا ينبغي أن يمل من تكرار القراءة، وعليه أن يتذكر أنه يكرر كلام الله سبحانه وتعالى، وأنه يحصل بكل حرف يتلوه على حسنة والحسنة تتضاعف عند الله تعالى
Pelajar mesti merasakan bahawa dia sedang membaca Kalam Allah swt. Oleh itu dia tidak boleh rasa jemu untuk mengulangi bacaannya dan ingatlah bahawa dia sedang mengulangi Kalam Allah swt. Setiap huruf yang dibaca akan dibalas dengan satu kebaikan dan ia akan digandakan oleh Allah swt.
بعد أن يتم التكرار المطلوب، ويحفظ الطالب المقطع يعرضه على نفسه (تسميع مع نفسه) ثلاث مرات قبل عرضه على الأستاذ
Setelah selesai 15 kali ulangan bacaan dan pelajar telah hafal bahagian ayat hafalan itu, dia perlu memperdengarkan ayat tersebut pada dirinya sendiri sebanyak tiga kali sebelum memperdengarkan hafalannya kepada gurunya.
يُسَمِّعُ الطالب مع نفسه الصفحة أيضا السابقة مع المقطع الجديد، والأفضل بعد أن يتم تسميع المقطع الجديد أن يعيد التسميع من أول السورة
Pelajar perlu memperdengarkan pada dirinya sendiri satu halaman sebelumnya bersama dengan bahagian ayat hafalan baru. Seelok-eloknya setelah memperdengarkan ayat hafalan baru, pelajar perlu mengulangi bacaan bermula dari awal surah.
يقوم الطالب بعرض المقطع الذي حفظه على الأستاذ
Pelajar memperdengarkan ayat yang dihafal pada gurunya.
بعد أن ينتهي الطالب من العرض، والتسميع أمام الأستاذ عليه أن يكتب علامة (تم ) أو يضع علامة صح أمام المقطع الذي تم حفظه في جدول الحفظ
Setelah pelajar selesai memperdengarkan ayat hafalan dan menyemak bacaannya di hadapan guru. Pelajar perlu mencatat tanda (selesai) atau meletakkan tanda semak pada bahagian ayat yang telah dihafal dalam jadual hafalan.
وأخيرًا فإن أهم ما ينبغي للطالب أن يحرص عليه الطالب هو إخلاص العمل والاستعانة بالله سبحانه وتعالى، فكل شيء يمكن تحقيقه بالاستعانة بالله تعالى
Akhirnya, perkara terpenting yang perlu diberi perhatian oleh pelajar adalah keikhlasan ketika menghafal Al-Quran dan memohon pertolongan Allah swt. Semuanya akan dapat dicapai dengan pertolongan Allah swt.