KENALI
IMTIAZ ACADEMY

Ustaz Ashraf Mohamed Kabsha

Mudir Imtiaz Academy

ALUAN MUDIR

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, yang menurunkan Al-Quran dalam Bahasa Arab, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Al-Quran adalah mu’jizat yang kekal sebagai hidayah untuk sekalian manusia amnya. Firman Allah di dalam Surah Ibrahim ayat 1 :

Alif  Lam Ra, satu kitab yang kami turunkannya untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya petunjuk.

Sesungguhnya membaca Al-Quran adalah sebaik-baik ibadah untuk seseorang hamba mendekatkan diri kepada Allah. Firman Allah di dalam Surah Fathir ayat 29 :

Sesungguhnya mereka yang membaca Kitab Allah dan mendirikan solat, menginfaqkan apa yang telah kami rezekikan samada secara sembunyi atau terang-terangan mereka mengharapkan perniagaan mereka tidak rugi atau musnah.

Rasulullah SAW menggalakkan ummatnya untuk membaca Al-Quran, sebagaimana sabdaannya: pelajarilah kamu akan Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan datang pada hari akhirat memberi syafaat/pertolongan kepada pembacanya. (Riwayat Imam Muslim).

Bahasa Arab dianggap sebagai wasilah atau alat untuk memahami isi kandungan Al-Quran, dan juga ilmu-ilmu Islam dengan kefahaman yang sahih dan jelas. Telah berkata Imam Syafie : Wajib ke atas setiap muslim untuk mempelajari Bahasa Arab mengikut kemampuannya.

Sehingga jiwa seorang Islam menjadi bersih maka hendaklah ia memahami Al-Quran dengan kefahaman yang sempurna dan tidak berlaku sedemikian melainkan dengan mempelajari ilmu-ilmu Syariah daripada sumbernya yang sahih. Dengan ini seorang Islam akan dapat memahami agamanya dan menjaga dirinya dalam menghadapi fitnah-fitnah.

Oleh yang demikian, Akademi Imtiaz ditubuhkan untuk merealisasikan pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab dengan kefahaman yang kukuh dan untuk menjadikan pelajar mahir dengan Al-Quran, menguasai ilmu Bahasa Arab dari sudut kefahaman, mendengar, pembacaan dan penulisan sehingga Al-Quran dapat difahami dengan secara keseluruhan maka hendaklah dipelajari ilmu-ilmu Syariah daripada sumber-sumber yang sahih supaya ianya dapat direalisasikan dalam kehidupan dan beramal dengannya.

Dengan tujuan ini ditubuhkan Imtiaz Academy untuk pengajian Al-Quran, Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam.

visi

Menyebarkan ilmu yang di ambil dari kitab Allah dan hadis Nabi dan menyampaikan ilmu tersebut kepada mereka yang berminat dengan menggunakan media/ teknologi semasa (online)

PENGURUSAN & TENAGA PENGAJAR

Barisan tenaga pengajar berpengalaman di Institut Imtiaz

USTAZ ASHRAF MOHAMED IBRAHIM KABSHA

Pengarah Imtiaz Academy
Universiti Al-Azhar, Mesir
Majister Univ. Al-Madinah (Phd)

USTAZ MUHAMMAD FADZILUL HAKIMI BIN A.RAHMAN

Timb. Pengarah 1 Imtiaz Academy
Guru Bahasa Arab
Ijazah Syariah Islamiah

ustaz haji abdullah bin haji ramli

Timb. Pengarah 2 Imtiaz Academy
Guru Bahasa Arab
Univ. Islam Qurtum, Sudan

PUAN Bibi nadzirah binti mohd din

Setiausaha
Imtiaz Academy

puan Nur 'Ain Syazwani binti Ahmad

Pengurus Online
Imtiaz Academy

ustaz ABDUL WAFI BIN MAHAMAD PARAK

Guru Tahfiz Cilik
Ijazah Pengajian Islam (Dakwah)

Ustaz Muhammad Rafiq Irfan bin Ruzudi

Guru Tahfiz Cilik
Ijazah Usuluddin & Pengajian Agama

ustaz mohd rusli bin ismail

Guru Bahasa Arab
Universiti Yarmouk, Jordan

USTAZ AHMAD SHAHMI BIN AB FATTAH

Guru Al-Quran
Ijazah Syariah Islamiah (USIM)

USTAZ AHMAD FARIS BIN AHMADUL KAMAL

Guru Al-Quran
Ijazah Sanad Al-Quran, Riwayat Hafs
Universiti Al-Azhar, Mesir

USTAZAH NOR FAHIMAH BINTI MD HALID

Guru Al-Quran
Ijazah Sanad Al-Quran, Riwayat Hafs
Diploma Tahfiz Wal Qiraat Darul Quran

USTAZAH NIK MAHRONI BINTI MUHAMMAD

Guru Al-Quran
Ijazah Sanad Al-Quran, Riwayat Hafs

USTAZAH FARIHA NUR AFINA BINTI MD

Guru Al-Quran
Ijazah Sanad Al-Quran, Riwayat Hafs

USTAZAH ZIRWATULAMAL BINTI MOHAMMAD IDRUS

Guru Al-Quran
Ijazah Sanad Al-Quran, Riwayat Hafs
Universiti Yarmouk, Jordan

USTAZAH NOR AZLINI BINTI ABDULLAH

Guru Al-Quran
Ijazah Sarjana Muda (UIAM)

Klik Di Sini
Chat Imtiaz Academy
Assalamu'alaikum.
Boleh kami bantu tuan/puan?