Kelas Keluarga
Kita semua tidak terlepas daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah Ta’ala. Kita semua adalah pemimpin dan kita semua dituntut untuk berbuat baik terhadap orang di bawah pimpinan kita kerana kita akan dipersoal oleh Allah Swt di akhirat kelak.
Baginda Rasul SAW amat menitik beratkan soal tangungjawab suami & isteri di dalam kehidupan berumahtangga serta kewajipan mendidik setiap ahli keluarga. Sabda baginda :
“dan seorang ayah adalah pemimpin bagi rumahnya dan keluarganya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka, dan seorang isteri adalah penjaga kepada rumah suaminya….”
Setiap lelaki itu bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya, membesarkan, mendidik, mengasuh, memperbaiki dan menyediakan apa yang mereka perlukan seperti tempat tinggal, makanan, minuman dan pakaian tanpa rasa kedekut atau berlebih-lebihan.
Dan wanita itu bertanggungjawab di rumah suaminya untuk menjaga suaminya dan membesarkan serta mendidik anak-anaknya. Firman Allah ta’ala di dalam surah Al-Tahrim ayat 6 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
Bagi menjayakan hasrat untuk melahirkan ahli keluarga yang berilmu serta mempunyai jati diri Islam yang kukuh, Imtiaz Academy menawarkan kelas keluarga dengan penekanan terhadap ilmu Al-Quran, Tajwid, Tafsir, Fiqah, Aqidah serta Tarbiyah.
PAKEJ KELAS
KELAS | MASA | SUBJEK 1 | SUBJEK 2 | SUBJEK 3 |
---|---|---|---|---|
1 | 1 Jam 30 Minit | Al-Quran 45 Minit | Tajwid 15 minit | Tafsir 30 minit |
2 | 1 Jam 30 Minit | Al-Quran 45 Minit | Tajwid 15 minit | Fiqh 30 minit |
3 | 1 Jam 30 Minit | Al-Quran 45 Minit | Tajwid 15 minit | Aqidah 30 minit |
4 | 1 Jam 30 Minit | Al-Quran 45 Minit | Tajwid 15 minit | Tarbiyah kanak-kanak 30 minit |
NOTA : Pelajar boleh memilih kelas yang ingin disertai
medium pembelajaran
1. SECARA ONLINE
Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar
Komputer / Laptop
Tablet
Smartphone
KEPERLUAN
Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :
- Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
- Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
- Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan
Zoom Cloud Meeting
Untuk Kelas Live
Telegram
Untuk Kelas Audio/Rakaman
Headphone
Kegunaan Semasa Kelas
2. SECARA BERSEMUKA
Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Imtiaz Academy, No.1701, Jalan Hospital, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
KUMPULAN
- Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 4 Semester
- 1 Semester : 4 Bulan
- Masa : 1 Jam 30 minit/Kelas