Talaqqi Bersanad

Imtiaz Academy

Kelas Talaqqi Bersanad Online Dewasa

Pengenalan

Belajar talaqqi Al-Quran bersama guru bersanad dari Imtiaz Academy Malaysia. Program pengajian Al-Quran online dewasa ini direka khas untuk mereka yang ingin membaca 30 juzuk Al-Quran dengan tajwid dan tartil yang tepat, serta memperoleh ijazah sanad Al-Quran yang sah dan bersambung hingga Nabi Muhammad SAW.

Semua kelas dijalankan secara online, dengan bimbingan individu oleh guru bersanad yang diiktiraf, mengikut Riwayat Hafs ‘an ‘Asim.

Dapatkan pengalaman pembelajaran Al-Quran sebenar seperti di madrasah — kini dari keselesaan rumah anda!

Apa Itu Ijazah / Sanad?

Ijazah bermaksud pengiktirafan daripada seorang guru bahawa pelajar tersebut telah membaca seluruh Al-Quran sama ada dengan melihat mushaf atau tanpa melihatnya, dengan tajwid yang teliti mengikut satu atau beberapa riwayat yang diiktiraf.

Dengan pengiktirafan ini, Pelajar tersebut menjadi sebahagian daripada rangkaian sanad yang bersambung kepada Nabi Muhammad SAW, termasuk dalam golongan mereka yang mempelajari kitab Allah dengan sanad bersambung kepada Baginda SAW.

Jenis-Jenis Ijazah / Sanad Al-Quran

Kepentingan Ijazah / Sanad

Sanad ialah warisan ilmu suci yang menghubungkan umat ini secara rohani dan ilmiah dengan Rasulullah SAW. Ia menjadi lambang kesahihan ilmu dan kesinambungan barakah para ulama sejak zaman sahabat.

Kata-Kata Ulama Tentang Kepentingan Sanad

1. Imam Ibnu Mubarak
“Bersanad adalah sebahagian daripada agama; tanpa sanad, manusia akan berkata sesuka hatinya.”

2. Sufyan As-Sauri
“Sanad adalah senjata orang mukmin.”

3. Ibnu Kathir
“Keistimewaan sanad hanya diberikan kepada umat Islam — sanad yang bersambung terus kepada Nabi SAW.”

4. Ali Al-Qari
“Sanad adalah anugerah dan sunnah yang dituntut.”

Melalui ijazah bersanad, seseorang bukan sekadar membaca Al-Quran dengan betul, tetapi menyambung rantai ilmu, sanad dan barakah para ulama terdahulu.

Inilah keindahan talaqqi bersanad – ilmu, sanad dan keberkatan yang diwarisi turun-temurun.

Objektif Pembelajaran

Keistimewaan Program

jenis kelas

  1. Kelas Individu (1-to-1)
  2. Kelas Berkumpulan

Nota:
Tempoh pembelajaran dijangka 3 semester, setiap semester berlangsung selama 3 bulan.

Hasil Pembelajaran

  1. Membaca 30 juzuk Al-Quran dengan tartil dan tajwid yang betul.
  2. Mendapat sanad bersambung hingga Nabi SAW melalui guru bersanad.
  3. Memperoleh Ijazah Sanad Al-Quran sebagai tanda pengiktirafan sahih.
  4. Keyakinan dalam bacaan dan penghayatan ayat-ayat suci Al-Quran.
  5. Menjadi sebahagian daripada pewaris ilmu Al-Quran yang berwibawa

Mengapa Pilih Imtiaz Academy?

1. Akademi Terulung dalam Pengajian Al-Quran Online di Malaysia
Lebih daripada 10 tahun pengalaman membimbing pelajar dewasa di seluruh dunia.

2. Tenaga Pengajar Profesional & Bersanad
Gabungan guru tempatan dan Arab berpengalaman dalam pengajaran talaqqi bersanad.

3. Jadual Fleksibel & Disesuaikan
Anda boleh memilih masa kelas mengikut kesesuaian jadual anda.

4. Belajar dari Rumah, Bersanad Hingga Rasulullah SAW
Konsep pembelajaran moden dengan semangat warisan ulama

Sertai Sekarang!

Daftarlah hari ini dan mulakan perjalanan anda untuk memperoleh sanad bacaan Al-Quran yang sahih bersama guru bersanad dari Imtiaz Academy.

Klik butang Daftar Sekarang di bawah untuk semak yuran & mulakan pendaftaran kelas anak anda hari ini! bersama Imtiaz Academy Malaysia!

SERTAI IMTIAZ ACADEMY SEKARANG!

Lihat pakej yuran serendah hanya RM25.00 sahaja.

error: Content is protected !!