
TAHFIZ DEWASA
Program
Tahfiz Al-quran
Online
Terbuka untuk individu dewasa semua peringkat umur
pengenalan
Program ini dijalankan bertujuan untuk menghafal al quran serta menyebut huruf/ bacaan yang betul dan menjaga hukum-hukumnya dengan teliti di dalam ilmu waqaf dan ibtida’. Program ini mengajak golongan yang berminat untuk menghafal al quran sepenuhnya melalui :
1. Kaedah yang telah ditetapkan dari pihak Akademi Imtiaz.
2. Kaedah yang tidak ditetapkan iaitu mereka yang mahu menghafal setengah daripada surah-surah al quran. Kaedah jenis ini adalah pilihan dari pihak Akademi Imtiaz hanya meletakkan jadual yang sesuai mengikut pilihan pelajar.
Dalam program ini, pelajar akan didedahkan tentang bagaimana cara/ kaedah yang berkesan untuk menghafal, bagaimana cara untuk mengulangi bacaan lama dan seterusnya bagaimana untuk menjaga apa yang telah di hafalnya.
tujuan program
1. Menghafaz Al-Quran sebagaimana ia diturunkan,dan melagukan Al-Quran sebagaimana Rasulullah S.A.W mengajarkannya kepada para sahabat tanpa mencacatkan hukum tajwid dan tilawah.
2. Sebagai pra-syarat untuk memasuki program ijazah/sanad Al-Quran dari guru pakar dan berpengalaman.
3. Ingin memperbanyakkan huffaz Al-Quran yang bertujuan untuk menyucikan hati, memperbaiki ummah dan menjaga Al-Quran dengan baik.
4. Membuka peluang kepada orang islam/ muallaf yang terdiri daripada pelbagai bangsa untuk mengenali Al-Quran secara jelas.
5. Menolong orang islam untuk menghalusi Bahasa Arab dan maknanya melalui pergaulan mereka bersama Al-Quran.
6. Membentuk proses pengulangan Al-Quran bersama para huffaz. Ini memudahkan hafazan mereka terhadap Al-Quran.
7. Mengajar Al-Quran kepada orang islam cara bacaan yang tepat serta hukum tilawah dan tajwid.
program tahfiz al-quran
kelayakan untuk program :
Terbuka untuk individu dewasa semua peringkat umur
PROGRAM PERTAMA : Pilihan hafazan DAN Surah-surah Lazim.
PROGRAM KEDUA : Hafazan secara berkaedah/sepenuhnya.
PROGRAM PERTAMA
Pilihan hafazan DAN Surah-surah Lazim.
Surah Lazim adalah surah yang anda biasa dibaca dalam solat lima Waktu dan solat sunat. Pelajar/ peserta di minta memilih surah yang menjadi pilihannya dan pihak Akademi Imtiaz akan memberi jadual yang sesuai mengikut sistem yang ditetapkan.
PROGRAM kedua
Hafazan secara berkaedah/sepenuhnya.
Program ini meletakkan syarat kepada para pelajar untuk menghabiskan hafazan pada semua surah/Al-Quran sepenuhnya dalam tempoh lima tahun mengikut sistem yang telah digariskan.
medium pembelajaran
Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar

Komputer/Laptop

Tablet

Smartphone
KEPERLUAN
Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :

Zoom Cloud Meeting
Untuk Kelas Live

Telegram
Untuk Kelas Audio/Rakaman

Imo
Untuk Panggilan Dari Luar Negara

Headphone
Kegunaan Semasa Kelas
- Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
- Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
- Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan
INDIVIDU
- Kelas Live, Video & Audio
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 4 Semester
- Masa : 1 Jam/Kelas