Tahfiz Kanak-Kanak
Kelas
Tahfiz KANAK-KANAK
Online & BERSEMUKA
Terbuka untuk para pelajar berumur 12 hingga 17 tahun
pengenalan
Program ini dijalankan bertujuan untuk menghafal al quran serta menyebut huruf/ bacaan yang betul dan menjaga hukum-hukumnya dengan teliti di dalam ilmu waqaf dan ibtida’. Program ini mengajak golongan yang berminat untuk menghafal al quran sepenuhnya melalui :
1. Kaedah yang telah ditetapkan dari pihak Akademi Imtiaz.
2. Kaedah yang tidak ditetapkan iaitu mereka yang mahu menghafal setengah daripada surah-surah al quran. Kaedah jenis ini adalah pilihan dari pihak Akademi Imtiaz hanya meletakkan jadual yang sesuai mengikut pilihan pelajar.
Dalam program ini, pelajar akan didedahkan tentang bagaimana cara/ kaedah yang berkesan untuk menghafal, bagaimana cara untuk mengulangi bacaan lama dan seterusnya bagaimana untuk menjaga apa yang telah di hafalnya.
tujuan program
1. Menghafaz Al-Quran sebagaimana ia diturunkan,dan melagukan Al-Quran sebagaimana Rasulullah S.A.W mengajarkannya kepada para sahabat tanpa mencacatkan hukum tajwid dan tilawah.
2. Sebagai pra-syarat untuk memasuki program ijazah/sanad Al-Quran dari guru pakar dan berpengalaman.
3. Ingin memperbanyakkan huffaz Al-Quran yang bertujuan untuk menyucikan hati, memperbaiki ummah dan menjaga Al-Quran dengan baik.
4. Membuka peluang kepada orang islam/ muallaf yang terdiri daripada pelbagai bangsa untuk mengenali Al-Quran secara jelas.
5. Menolong orang islam untuk menghalusi Bahasa Arab dan maknanya melalui pergaulan mereka bersama Al-Quran.
6. Membentuk proses pengulangan Al-Quran bersama para huffaz. Ini memudahkan hafazan mereka terhadap Al-Quran.
7. Mengajar Al-Quran kepada orang islam cara bacaan yang tepat serta hukum tilawah dan tajwid.
KAEDAH PELAKSANAAN
Tempoh masa program ini adalah bergantung kepada tahap penguasaan dan kemampuan setiap pelajar
19 BULAN
Pelajar akan menghafal seluruh Al-Quran dalam tempoh setahun 7 bulan
27 BULAN
Pelajar akan menghafal seluruh Al-Quran dalam tempoh 2 tahun 3 bulan
54 BULAN
Pelajar akan menghafal seluruh Al-Quran dalam tempoh 4 tahun 6 bulan
60 BULAN
Pelajar akan menghafal seluruh Al-Quran dalam tempoh 5 tahun
Sijil Hafazan Al-Quran
- Pelajar akan memperoleh sijil hafazan bagi setiap 7 juzuk setengah yang telah dihafalnya.
- Pelajar akan memperoleh sijil hafazan Al Quraan bila tamat menghafaz 30 juzuk Al- Quraan.
KEISTIMEWAAN PROGRAM
- Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam menghafal Al-Quran.
- Kursus khas tentang ilmu Tajwid.
- Teknik hafazan yang baik.
- Kurikulum hafalan yang mengambil kira kebolehan dan tahap pelajar yang berbeza dalam menghafal Al-Quran.
- Program disediakan oleh panel pakar dalam bidang ini.
- Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan sijil daripada Akademi Imtiaz.
- Pelajar yang layak boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Bacaan Al-Quran.
- Masa kelas fleksible (untuk kelas Individu sahaja).
- Kadar bayaran yuran yang rendah.
medium pembelajaran
1. SECARA ONLINE
Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar
Komputer / Laptop
Tablet
Smartphone
KEPERLUAN
Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :
- Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
- Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
- Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan
Zoom Cloud Meeting
Untuk Kelas Live
Telegram
Untuk Kelas Audio/Rakaman
Headphone
Kegunaan Semasa Kelas
2. SECARA BERSEMUKA
Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Imtiaz Academy, PT 2735 Aras 1, Wisma Persatuan Jamaah Al-Quddus, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
3 PILIHAN YURAN
INDIVIDU
- Masa : 30 Minit/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (Minima)
- Tempoh : 4 Semester
- Yuran : RM100/Sebulan
INDIVIDU
- Masa : 1 Jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (Minima)
- Tempoh : 2 Semester
- Yuran : RM200/Sebulan
KUMPULAN
- Masa : 1 Jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 4 Semester
- 1 Semester : 5 Bulan
- 4 Pelajar Setiap Kelas
- Yuran : RM250/Semester