Tahsin Tilawah
KELAS
TAHSIN TILAWAH
ONLINE & BERSEMUKA
Memperbaiki Bacaan Al-Quran (Talaqqi Musyafahah)
PENGENALAN
1. Program ini dikelolakan oleh sekumpulan guru yang berpengalaman luas dalam mengajar dan menghafal Al-Quran.
2. Pelajar akan mendalami makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan mahir membaca Al-Quran secara bertajwid.
3. Pelajar akan didedahkan cara menyebut huruf arab dengan betul, sebelum belajar membaca Al-Quran.
Objektif
- Menyebut huruf dalam sebutan Arab yang betul, dari segi makhraj dan sifatnya dengan sempurna.
- Memperelok bacaan perkataan arab dengan sintaksis yang betul
- Mengaplikasikan bacaan Al-Quran secara bertajwid.
- Mempelajari cara wakaf dan ibtida’.
- Melayakkan pelajar mengikuti program ijazah (Talaqqi bersanad)
KAEDAH PELAKSANAAN
Tempoh masa program ini adalah bergantung kepada tahap penguasaan dan kemampuan setiap pelajar
3 BULAN
Bagi pelajar yang mempunyai kesalahan tajwid yang kecil.
Pelajar akan membetulkan bacaan Al- Quran dalam masa 3 bulan di samping kelas pengajian ilmu Tajwid
8 BULAN
Bagi pelajar yang mempunyai kesalahan tajwid yang kecil & perlu membaiki sebutan makhraj serta sifat Huruf.
Pelajar akan membetulkan bacaan Al-Quran dalam masa 8 bulan
di samping kelas pengajian ilmu Tajwid
17 BULAN
Bagi pelajar yang tidak mengenal kata-kata Al-Quran.
Pelajar akan membetulkan bacaan Al-Quran dalam masa setahun 5 bulan di samping kelas pengajian ilmu Tajwid
Catatan :
1. Pelajar boleh mengikuti program Tahsin Tilawah pada tahap kedua atau ketiga, mengikut tahap pelajar yang ditentukan oleh jawatankuasa penilai.
2. Pelajar dibenarkan untuk mengikuti program Ijazah Bersanad setelah lulus Program Tahsin Tilawah
KEISTIMEWAAN PROGRAM
- Tenaga pengajar yang pakar dalam pengajaran Al-Quran.
- Kursus khas tentang ilmu Tajwid.
- Program disediakan oleh panel pakar dalam bidang ini.
- Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan sijil daripada Akademi Imtiaz.
- Pelajar yang layak boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Bacaan Al-Quran.
- Masa kelas fleksible (untuk kelas Individu sahaja).
- Kadar bayaran yuran yang rendah.
medium pembelajaran
1. SECARA ONLINE
Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar
Komputer / Laptop
Tablet
Smartphone
KEPERLUAN
Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :
- Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
- Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
- Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan
Zoom Cloud Meeting
Untuk Kelas Live
Telegram
Untuk Kelas Audio/Rakaman
Headphone
Kegunaan Semasa Kelas
2. SECARA BERSEMUKA
Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Imtiaz Academy, PT 2735 Aras 1, Wisma Persatuan Jamaah Al-Quddus, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
3 PILIHAN YURAN
INDIVIDU
- Masa : 30 Minit/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (Minima)
- Tempoh : 4 Semester
- Yuran : RM100/Sebulan
INDIVIDU
- Masa : 1 Jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (Minima)
- Tempoh : 2 Semester
- Yuran : RM200/Sebulan
KUMPULAN
- Masa : 1 Jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 4 Semester
- 1 Semester : 5 Bulan
- 4 Pelajar Setiap Kelas
- Yuran : RM250/Semester