
TAJWID
برنامج احكام التجويد والتلاوة
Kelas
Tajwid & Tilawah
Online & BERSEMUKA
pengenalan
Program ini dijalankan oleh beberapa guru yang telah memperoleh ijazah di dalam bidang Al-Quran dan mempunyai kepakaran di dalam bidang ini. Pelajar akan mempelajari hukum hakam tajwid dan tilawah secara :
1. Pelajar akan berusaha untuk memperhalusi hukum tajwid secara amali dan guru akan memperbetulkan kesalahannya.
2. Pelajar hendaklah memperbaguskan tarannum dengan Al-Quran, menjiwai maknanya dan memahami isi dan maksudnya sebagaimana ia diturunkan.
tujuan program
1. Membenarkan firman Allah : Dan bacalah AL-Quran secara tartil iaitu secara bertajwid.
2. Membenarkan firman Allah : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan kami lah juga yang akan menjaganya.
3. Membetulkan setiap kesalahan samada pada tilawah atau tajwid.
4. Menolong pelajar untuk mentadabbur Al-Quran kerana memperbaiki tilawah adalah satu jalan untuk mentadabbur Al-Quran.
kelayakan untuk program
1. Terbuka kepada orang awam dan mereka yang mahu mempelajari ilmu tilawah dan tajwid bukan hanya pada teori malah dipraktikkan.
2. Mereka yang ingin membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan.
SIJIL
Pelajar akan menerima sijil tamat belajar setelah menamatkan program pengajian ilmu Tajwid

KEISTIMEWAAN PROGRAM
- Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajian Al-Quran dan ilmu Tajwid dari negara Arab dan Malaysia.
- Pelajar akan mempelajari ilmu Tajwid berdasarkan riwayat Hafs dari ‘Asim melalui tariq Al-Shatibi.
- Pelajar yang layak boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Bacaan Al-Quran.
- Pelajar akan memperolehi sijil daripada Akademi Imtiaz.
- Kelas diadakan mengikut kesesuaian masa pengajian.
- Kadar bayaran yuran yang rendah.
medium pembelajaran
1. SECARA ONLINE
Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar

Komputer/Laptop

Tablet

Smartphone
KEPERLUAN
Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :

Zoom Cloud Meeting
Untuk Kelas Live

Telegram
Untuk Kelas Audio/Rakaman

Imo
Untuk Panggilan Dari Luar Negara

Headphone
Kegunaan Semasa Kelas
- Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
- Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
- Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan
2. SECARA BERSEMUKA
Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Imtiaz Academy, No. 2386, Jalan Hospital, 15200, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
3 PILIHAN YURAN
INDIVIDU
- Masa : 30 Minit/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 4 Semester
- Yuran : RM100/Sebulan
INDIVIDU
- Masa : 1 Jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 2 Semester
- Yuran : RM200/Sebulan
KUMPULAN
- Masa : 1 Jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 4 Semester
- 1 Semester : 5 Bulan
- 4 Pelajar Setiap Kelas
- Yuran : RM250/Semester