Kelas Tajwid

Imtiaz Academy

Kelas Tajwid Online Dewasa

Belajar Tajwid Al-Quran Secara Online – Mudah, Fleksibel & Sistematik

Pengenalan

Pelajari ilmu tajwid dengan cara yang paling mudah dan praktikal melalui program Kelas Tajwid Online Dewasa. 

Program pengajian Tajwid Al-Quran ini disusun khas untuk membantu anda memperbaiki bacaan Al-Quran, memahami hukum tajwid dengan jelas, dan membaca Al-Quran dengan tartil mengikut kursus tajwid Hafs ‘an ‘Asim.

Rasai pembelajaran Al-Quran sebenar bersama tenaga pengajar berpengalaman – terus dari rumah anda secara online

Apa Itu Ilmu Tajwid?

Ilmu tajwid ialah ilmu untuk memperbetulkan sebutan huruf-huruf Al-Quran, menjaga makhraj, sifat-sifat huruf dan hukum bacaan.

Tujuan utamanya ialah supaya bacaan Al-Quran kita menepati dengan bacaan Rasulullah SAW – dengan keindahan, ketepatan dan tartil yang sempurna.

Dengan memahami tajwid, seseorang bukan sahaja membaca Al-Quran dengan betul, tetapi juga menjaga keaslian dan kemuliaan kalam Allah SWT sebagaimana diturunkan.

Objektif Pembelajaran

Melalui pengajian tajwid online ini, pelajar akan memahami hukum dan aplikasi tajwid dengan bimbingan guru.

Tahap Pengajian : 3 Tahap

KEISTIMEWAAN PROGRAM

jenis kelas

  1. Kelas Individu (1-to-1)
  2. Kelas Berkumpulan

Hasil Akhir Program Tajwid

Selepas selesai tiga tahap pembelajaran tajwid, pelajar akan mencapai kefahaman dan kemahiran yang matang dalam bacaan Al-Quran. Antara hasil utama yang diperoleh ialah:

  1. Menguasai makhraj dan sifat huruf serta sebutan yang tepat tanpa kesalahan.
  2. Menerapkan hukum tajwid asas dan lanjutan dengan yakin dan tepat.
  3. Membaca al-Quran secara tartil mengikut Riwayat Hafs serta mengenali bacaan khas.
  4. Memahami waqaf dan ibtida’ untuk membaca dengan makna yang betul dan khusyuk.
  5. Bersedia untuk melanjutkan pembelajaran ke kelas talaqqi bersanad.
  6. Mendekatkan diri kepada al-Quran melalui bacaan yang betul dan hati yang tenang.

Sertai Sekarang!

Daftarlah hari ini dan memulakan perjalanan anda menuju bacaan Al-Quran yang betul, indah dan bertajwid dengan guru profesional di Imtiaz Academy. Nikmati peluang belajar mengaji online dengan cara yang mudah, fleksibel dan sesuai untuk gaya hidup moden anda.

Klik butang Daftar Sekarang di bawah untuk semak yuran & mulakan pendaftaran kelas anak anda hari ini! bersama Imtiaz Academy Malaysia!

SERTAI IMTIAZ ACADEMY SEKARANG!

Lihat pakej yuran serendah hanya RM25.00 sahaja.

error: Content is protected !!