Kelas Keluarga
Imtiaz Academy
Kelas Keluarga Online –
Program untuk Ibu, Ayah & Anak
Pengenalan: Tanggungjawab Mendidik Keluarga Dalam Islam
Keluarga adalah asas utama dalam membentuk masyarakat yang baik. Jika institusi keluarga kukuh dengan nilai Islam, maka akan lahirlah generasi soleh dan masyarakat yang harmoni.
Dalam dunia hari ini yang penuh cabaran, tanggungjawab terbesar ibu bapa dan ketua keluarga adalah memastikan ahli keluarga mendapat didikan agama yang betul, selari dengan ajaran al-Quran dan sunnah.
Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…” (Surah At-Tahrim ayat 6)
Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya, dan akan dipertanggungjawabkan terhadap ahli keluarganya.” (Hadis Sahih)
Apa Itu Kelas Keluarga?
Kelas istimewa yang ditawarkan oleh Imtiaz Academy, khusus untuk seisi keluarga buat ayah, ibu dan anak-anak.
Objektif
Menambah ilmu agama dalam kalangan ahli keluarga.
Mengukuhkan hubungan dengan Al-Quran, ikatan rohani dan pembelajaran bersama sebagai satu keluarga.
Membina suasana keluarga soleh dan nilai-nilai tarbiyah dalam rumah.
Program ini menggabungkan pelbagai ilmu asas seperti:
Al-Quran, Tajwid, Tafsir, Fiqh, Aqidah dan Tarbiyah.
KEISTIMEWAAN PROGRAM
- Pengajian khas untuk seluruh keluarga tanpa had bilangan ahli.
- Silibus yang merangkumi pengajian Al-Quran, Aqidah, Fiqh dan Tafsir.
- Rakaman video setiap kelas dikongsikan secara PERCUMA.
- Group Telegram khas untuk soalan dan pertanyaan.
- Masa belajar yang fleksibel mengikut kesesuaian keluarga.
- Tenaga pengajar profesional dari negara Arab dan Malaysia, ustaz dan ustazah.
- Yuran berpatutan dan sangat berbaloi.
Tempoh Pengajian
Tempoh pembelajaran dijangka 4 semester. 4 bulan bagi setiap semester,
Semua kelas dijalankan secara online, mudah diakses dari rumah. Mulakan perjalanan ilmu dan keberkatan bersama keluarga anda dari rumah.
Struktur Pengajian – 4 Sesi Sebulan
Di Imtiaz Academy, kami menyediakan kelas agama online untuk sekeluarga, direka khas untuk membantu ibu, ayah dan anak-anak belajar ilmu agama bersama-sama dari rumah.
Program ini merangkumi:
- Pembelajaran Al-Quran dan tajwid
- Pendidikan iman, aqidah, fiqh dan tafsir
- Tarbiyah Islamiah untuk pelbagai peringkat umur
Maklumat Kelas:
- 1 sesi setiap minggu
- 4 sesi sebulan
- 1 jam 30 minit setiap sesi
- Pengajian secara online & interaktif, mudah difahami oleh semua ahli keluarga
Subjek dalam setiap sesi telah disusun secara sistematik, dengan fokus kepada pengukuhan bacaan Al-Quran, pemahaman hukum tajwid, dan ilmu asas agama yang penting untuk kehidupan seharian.
Contoh Pembahagian Masa Mingguan:
Masa setiap sesi diagihkan seperti dalam jadual berikut:
Jadual Pembahagian Masa untuk Setiap Sesi Mingguan
Catatan Tambahan:
Keluarga boleh memohon untuk menukar subjek tertentu mengikut keperluan mereka, selagi keseimbangan antara Al-Quran dan ilmu asas Islam dikekalkan.
