Bahasa Arab
Imtiaz Academy
Kelas Bahasa Arab Online Dewasa
Pengenalan
Kelas Bahasa Arab Komunikasi ini merupakan program khas yang direka dengan teliti untuk Penutur Bukan Asli bagi membolehkan pelajar menguasai Bahasa Arab secara bertahap dan penuh keyakinan.
Kurikulum Pembelajaran:
Kelas Bahasa Arab Komunikasi Online Dewasa ialah kursus khas yang direka secara profesional untuk penutur bukan Arab yang ingin menguasai Bahasa Arab dengan yakin dan berkesan.
Program ini menggunakan pendekatan komunikasi sebenar melalui aktiviti interaktif agar pelajar dapat bercakap, mendengar, membaca dan menulis dalam Bahasa Arab moden dengan mudah dan menyeronokan.
Matlamat utama program ini:
- Menguasai empat kemahiran utama: mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
- Menyediakan pelajar untuk berinteraksi dalam bahasa Arab sebenar – bukan sekadar teori.
- Membantu memahami teks Al-Quran dan doa-doa harian.
KEISTIMEWAAN PROGRAM
Program ini menggunakan buku bertajuk Al-Manhaj Al-Alami, iaitu silibus moden dan profesional yang direka khas untuk pelajar bukan penutur Arab.
Buku ini telah digunakan di pelbagai institusi Islam dan mendapat pengiktirafan antarabangsa atas keberkesanannya dalam membantu pelajar memahami dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan cepat.

Keistimewaan Buku Al-Manhaj Al-Alami:
- Bahasa Mudah & Bertahap – sesuai untuk semua peringkat pelajar.
- Ilustrasi Bergambar & Warna Menarik – membantu pelajar memahami makna dan konteks dengan cepat.
- Kod QR Audio Interaktif – pelajar boleh mendengar sebutan Arab fasih bila-bila masa.
- Reka Bentuk Moden & Eksklusif – sesuai untuk pembelajaran online dan kendiri.
Buku Al-Manhaj Al-Alami menggabungkan teks, gambar & audio – menjadikan pembelajaran Bahasa Arab lebih hidup, praktikal dan berkesan.
Tahap Pengajian
Tempoh Pengajian Tahap : 3 bulan
Pelajar mempelajari huruf Arab dari asas: bentuk, sebutan dan penulisan secara interaktif.
13 Unit Pembelajaran
- Setiap unit: 3 huruf Arab
- +33 perkataan baharu (11 untuk setiap huruf)
- +8 kata kerja dipilih untuk membina ayat harian
Dialog Kehidupan Ringkas
Latihan situasi asas: salam, perkenalkan diri, bertanya, menerangkan objek.
Asas Tatabahasa
Pengenalan kepada: dhomir, harakat, kata tunjuk, dan pola ayat asas melalui pendekatan tidak langsung.
Perbendaharaan Kata: 350–400 Perkataan
Termasuk kata nama (isim), kata kerja (fi’il) dan frasa harian.
Hasil Akhir
Pelajar mampu membaca ayat mudah, berinteraksi dalam situasi asas harian, serta menghafal 300–350 kosa kata sebagai asas kukuh untuk tahap seterusnya.
Tempoh Pengajian Tahap : 4 bulan
Setiap unit merangkumi 7 komponen asas:
- Perbendaharaan Kata & Struktur – Menguasai perkataan dan ungkapan baharu mengikut topik.
- Bacaan Pertama – Teks ringkas untuk memperkenalkan kosa kata dan idea utama.
- Mendengar & Memahami – Aktiviti audio untuk memahami dialog topik unit.
- Bacaan Kedua – Bacaan tambahan untuk mengukuhkan pemahaman.
- Perbualan – Latihan bercakap berdasarkan situasi sebenar.
- Tatabahasa – Penerangan ringkas nahu dan soraf berkaitan.
- Penulisan – Latihan menulis ayat dan perenggan menggunakan kosa kata unit.

-
Guru Pakar & Berpengalaman
Dibimbing oleh guru mahir yang berpengalaman mengajar penutur bukan Arab dengan pendekatan mudah & berkesan. -
Silibus Interaktif & Bertahap
Menggunakan buku Al-Manhaj Al-Alami, lengkap dengan latihan visual, audio & perbualan sebenar. -
Jadual Fleksibel
Boleh pilih masa belajar sendiri-kelas individu atau berkumpulan, mengikut keselesaan anda -
Video Pembelajaran (Percuma)
Setiap sesi dirakam untuk ulangkaji bila-bila masa.Belajar tanpa risau jika terlepas kelas. -
Group Telegram (Percuma)
Akses Percuma ke group khas Telegram untuk bertanya & berinteraksi dengan guru dan rakan pelajar. -
Sijil Tamat Imtiaz Academy
Setiap tahap disertakan sijil rasmi sebagai pengiktirafan kemajuan anda dalam bahasa Arab -
Modul Islamik & Nilai Sejati
Gabungan bahasa & nilai Islam — belajar berkomunikasi sambil memahami budaya dan makna Al-Quran.
jenis kelas
- Kelas Individu (1-to-1)
- Kelas Berkumpulan
Hasil Akhir Setelah Menamatkan Seluruh Program
- Pelajar mampu membaca dan memahami teks Arab dari tahap asas hingga pertengahan.
- Boleh bertutur dalam bahasa Arab dalam situasi harian dengan mudah dan jelas.
- Menguasai perbendaharaan kata yang luas merangkumi pelbagai topik kehidupan.
- Memiliki asas tatabahasa yang kukuh untuk membina ayat dengan tepat.
- Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis berkembang secara seimbang.
- Mencapai tahap yang membolehkan pelajar menggunakan bahasa Arab untuk berkomunikasi dan memahami dengan yakin.
- Memperoleh asas bahasa yang membantu dalam memahami maksud ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dengan lebih baik.
Bahasa Arab – Bahasa Al-Quran
Belajar Bahasa Arab bukan sekadar untuk bercakap. Ia adalah jalan memahami kalam Allah. Bila anda belajar bahasa ini, anda sebenarnya sedang mendekatkan diri anda kepada Allah dan memahami risalah Nabi s.a.w.
“Barang siapa mempelajari bahasa Arab, maka dia telah membuka pintu ilmu dan kefahaman terhadap agama.” – Imam al-Syafi‘i رحمه الله
Sertai Sekarang!
Program ini sesuai untuk:
- Dewasa yang ingin memahami Al-Quran.
- Pelajar universiti/pengajian Islam.
- Sesiapa sahaja yang mencintai bahasa Arab!
Klik butang Daftar Sekarang di bawah untuk semak yuran & mulakan pendaftaran kelas anak anda hari ini! bersama Imtiaz Academy Malaysia!