UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAAHAD TAHFIZ AL-HAKIM

Ucapan alu-aluan oleh Dato Mohd Aiseri bin Alias
Pengerusi, Maahad Tahfiz Al-Hakim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang saya muliakan Al-Fadhil Ustaz Ashraf Mohamed Ibrahim Kabsha Al-Mesri, Mudir Maahad Tahfiz Al-Hakim. Dato’ dan semua sahabat muslimin dan muslimat para pelajar Kelas Bahasa Arab Al-Quran yang hadir pada pagi ini.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Allah SWT kerana di atas rahmat dan keizinanNya jua membolehkan kita semua berada di kelas pengajian Bahasa Arab Al-Quran yang julung kalinya diadakan di sini.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada pengendali kelas iaitu Ustaz Ashraf dan para sahabat peserta kelas pengajian sekalian kerana sudi menyertai kelas ini, sekaligus memberi sokongan moral yang kuat ke arah kejayaan kelas ini nanti.

Kelas pengajian Bahasa Arab Al-Quran ini diadakan oleh Imtiaz Academy Sdn Bhd dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Hakim dan Masjid Al-Hakim. Untuk makluman tuan/puan, Imtiaz Academy Sdn Bhd adalah diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Ashraf yang merupakan pengendali pengurusan Maahad Tahfiz Al-Hakim.

Adapun tujuan Kelas Bahasa Arab Al-Quran ini diadakan adalah untuk :

  1. Memberi peluang kepada peserta mendalami ilmu Al-Quran melalui pemahaman kandungan Al-Quran dengan memahami Lughah Al-Arabiyah di dalam Al-Quran itu sendiri.
  2. Memberi peluang kepada peserta kelas ini untuk mendapat saham akhirat dengan pelaburan/sumbangan tenaga, idea dan pengalaman masing-masing kepada Maahad Tahfiz Al-Hakim supaya ianya dapat terus bergerak maju ke hadapan dan sentiasa relevan dengan keperluan semasa umat Islam.
  3. Membantu aktiviti-aktiviti imarah Masjid Al-Hakim.
  4. Membantu Imtiaz Academy dalam pengurusan pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab secara online yang bukan sahaja melibatkan pelajar-pelajar tempatan tetapi juga di luar Kelantan.

Saya berharap dan berdoa supaya saya sendiri beserta tuan dan puan sahabat sekalian akan sentiasa memberi fokus yang tinggi ke arah memajukan Kelas Bahasa Arab Al-Quran ini. Mudah-mudahan ianya akan menjadi ikutan pula kepada mereka yang belum sempat menyertai kelas ini.

Sebagai maklumat tambahan, Al-Fadhil Ustaz Ashraf sekarang ini sedang giat melaksanakan kelas-kelas Talaqqi Al-Quran di beberapa tempat di Kota Bharu termasuk di Masjid Al-Hakim ini. Sekarang ini terdapat 8 kelas Talaqqi Al-Quran yang diadakan dengan jumlah pelajar dalam lingkungan 80 orang dan kelas Talaqqi Online yang melibatkan juga dalam lingkungan 80 orang peserta.

Saya sukacita mencadangkan supaya jumlah pelajar-pelajar Al-Fadhil Ustaz yang ramai ini dapat bersatu tenaga dan usaha membantu Maahad Tahfiz Al-Hakim, Imtiaz Academy Sdn Bhd dan Masjid Al-Hakim melaksanakan program-program pembelajaran sepanjang hayat kepada umat Islam seluruhnya.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ashraf Mohamed Ibrahim Kabsha Al-Mesri dan para sahabat peserta Kelas Bahasa Arab Al-Quran sekalian yang dapat menjayakan kelas ini yang sudah masuk kelas kedua pada hari ini.

Sekian, Wabillahi taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

BERITA LAIN...

Kelas Bahasa Arab Al-Quran (Kampus) | Imtiaz Academy

KELAS BAHASA ARAB AL-QURAN (KAMPUS)

Imtiaz Academy mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk mengikuti Kelas Bahasa Arab Al-Quran.

Sepanjang kelas berlangsung, para pelajar akan mempelajari kaedah menganalisa kosa kata Bahasa Arab Al-Quran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Assalamu'alaikum.
Boleh kami bantu tuan/puan?