🔅 Assalamualaikum Wbt 🔅
🤗 Alhamdulillah, pada hari Sabtu bersamaan 12 Oktober 2024, Imtiaz Academy telah menerima kunjungan daripada Ustaz Nik Omar Bin Nik Abdul Aziz, Ahli Lembaga Penasihat Kesatuan Ulamak Sedunia (Malaysia) bersama dengan Haji Azizan Bin Abd Rahim sebagai Pengerusi Persatuan Jamaah Masjid Al-Quddus dan beberapa Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Quddus.
🤗 Imtiaz Academy mengadakan sedikit jamuan makan tengah hari untuk meraikan kedatangan Ustaz Nik Omar serta Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Quddus.
🌸 Seluruh warga Imtiaz Academy ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ustaz Nik Omar atas tazkirah ringkas tapi penuh bermakna serta padat dengan ilmu yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada Haji Azizan serta beberapa Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Quddus kerana telah sudi meluangkan masa untuk berada di Imtiaz Academy.






