
Penghargaan Kepada Pelajar yang Komited dan Berdisiplin Dalam Kehadiran
Imtiaz Academy dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penganjuran Program Cabutan Bertuah April 2026, sebuah inisiatif penghargaan kepada pelajar kelas mengaji online serta program-program Islamik yang dijalankan sepanjang tahun. Cabutan ini telah berlangsung secara dalam talian melalui Zoom pada Isnin, 6 April 2026, jam 10.30 pagi dengan penyertaan pelajar dari seluruh Malaysia.
Sebagai pusat pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab yang dipercayai, Imtiaz Academy sentiasa komited menyediakan pengalaman pembelajaran yang berkualiti. Program cabutan bertuah ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan komitmen para pelajar dalam mengikuti kelas Al-Quran, kelas talaqqi, kelas Bahasa Arab dan program lain di Imtiaz.
Pemenang Cabutan Bertuah Imtiaz Academy – April 2026
Tahniah kepada tiga pelajar bertuah yang terpilih bagi cabutan bulan ini:
- Salma Binti Yusoff – Ustazah Hasyimah
- Mohd Yusri Bin Saidin – Ustaz Daud
- Hanis Safwah / Hani Safiya – Ustazah Munibah
Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pelajar yang menyertai acara ini. Semoga kemenangan ini menjadi motivasi untuk terus aktif dan istiqamah dalam menuntut ilmu Al-Quran.
Di Imtiaz Academy, kami akan terus menganjurkan pelbagai program pembelajaran Al-Quran, kelas mengaji online dewasa, kelas Bahasa Arab, dan aktiviti bermanfaat lain sebagai usaha meningkatkan ilmu dan mengeratkan hubungan bersama komuniti pelajar kami.
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan kelas terkini, layari laman rasmi Imtiaz Academy.






