7 Mac 2019 – Alhamdulillah, pada hari ini (Khamis), telah berlangsung Kelas Bahasa Arab untuk Memahami Al-Quran bertempat di Darul Quran, Masjid Al-Hakim, Taman Tanjong Chat, Kota Bharu. Kelas anjuran Darul Quran, Masjid Al-Hakim ini telah dibimbing oleh Dr Ashraf Mohamed Kabsha yang juga merupakan Mudir (Imtiaz Academy), Maahad Tahfiz Al-Hakim.
Bagi siri pertama ini, seramai 41 orang peserta telah hadir untuk sama-sama mendalami ilmu bahasa Arab dan memahami AL-Quran dengan lebih baik. Kelas yang terbuka kepada umum ini telah diadakan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi dan akan diteruskan pada setiap hari Khamis.
Penyertaan masih dibuka kepada semua pihak yang berminat. Bayaran yuran adalah seikhlas hati.
Untuk sebarang persoalan dan pendaftaran, sila hubungi talian berikut :
Tel.Pejabat : +609-740 6720
HP : +6011-1148 4657
Whatsapp : Klik DI SINI
Telegram : Klik DI SINI









