MAJLIS PENGANUGERAHAN IJAZAH SANAD KHATAM AL-QURAN & SIJIL TAHSIN TILAWAH

Imtiaz Academy telah mengadakan Majlis Penganugerahan Ijazah Sanad Khatam Al-Quran & Sijil Tahsin Tilawah pada tarikh 9 Nov 2020 yang lalu. Majlis bagi meraikan kejayaan para pelajar yang telah berjaya menyempurnakan pengajian di Imtiaz Academy. Majlis telah berlangsung di Masjid Man Amana, Tanjong Chat, Kota Bharu.

Seramai 4 orang penerima telah dikurniakan Ijazah Sanad manakala 3 orang pelajar lagi menerima Sijil Tahsin Tilawah. Penyerahan telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Ashraf Mohamed Khabsa selaku Mudir, Imtiaz Academy. Berikut adalah senarai nama penerima :

  • Hj Mohd Asri b Mohd Yusof (Ijazah Sanad)
  • Hj Samsudin b Mamat (Ijazah Sanad)
  • Hj Yaaziz bin Jusoh (Ijazah Sanad)
  • Hj Hussain b Ali (Ijazah Sanad)
  • Hj Che Hamat b Ismail (Sijil Tahsin Tilawah)
  • Hj Alias b Mohd Zain (Sijil Tahsin Tilawah)
  • Hj Sha’ari b Nawi (Sijil Tahsin Tilawah)

Selain dari negeri Kelantan, seramai 5 orang pelajar lain dari luar Kelantan turut telah berjaya menerima Ijazah Sanad dari Al-Fadhil Ustaz Ashraf Mohamed Khabsa iaitu :

  • Mohd Hazrami Mahmud (Kedah)
  • Jauhariah Abd Razak (Shah Alam)
  • Miti Aidah binti Mohd Yusoff (Kuala Lumpur)
  • Wan Rusnah Wan Abd Rahman (Terengganu)
  • Rozita Yusof (Kuala Lumpur)

Berikutan dari arahan PKPB, 5 orang penerima dari luar negeri Kelantan tidak dapat hadir ke majlis yang diadakan. Ijazah Sanad untuk para pelajar terlibat telah dihantar secara pos.

Imtiaz Academy ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menyempurnakan pengajian. Semoga segala ilmu yang diperolehi bakal dimanfaat untuk diri pelajar sendiri serta masyarakat seluruhnya.

Pendaftaran kelas Talaqqi Bersanad sentiasa dibuka kepada semua individu yang berminat. Sila layari https://imtiazacademy.com.my/talaqqi-bersanad/ untuk info lanjut serta pendaftaran.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

BERITA LAIN...

Kelas Bahasa Arab Al-Quran (Kampus) | Imtiaz Academy

KELAS BAHASA ARAB AL-QURAN (KAMPUS)

Imtiaz Academy mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk mengikuti Kelas Bahasa Arab Al-Quran.

Sepanjang kelas berlangsung, para pelajar akan mempelajari kaedah menganalisa kosa kata Bahasa Arab Al-Quran.

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAAHAD TAHFIZ AL-HAKIM

Kelas pengajian Bahasa Arab Al-Quran ini diadakan oleh Imtiaz Academy Sdn Bhd dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Hakim dan Masjid Al-Hakim. Untuk makluman tuan/puan, Imtiaz Academy Sdn Bhd adalah diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Ashraf yang merupakan pengendali pengurusan Maahad Tahfiz Al-Hakim.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Klik Di Sini
Chat Imtiaz Academy
Assalamu'alaikum.
Boleh kami bantu tuan/puan?