Imtiaz Academy mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk mengikuti Kelas Bahasa Arab Al-Quran. Sepanjang kelas berlangsung, para pelajar akan mempelajari kaedah menganalisa kosa kata Bahasa Arab Al-Quran.
Berikut adalah pengisian utama Kelas Bahasa Arab Al-Quran :
- Analisa kalimah-kalimah Al-Quran
- Penyelarasan daripada Al-Quran
- Menghuraikan kalimah-kalimah Al-Quran
- Menghafal lima kalimah Al-Quran setiap hari
- Menulis kalimah Al-Quran
- Memperbetulkan satu muka surat daripada Al-Quran setiap kelas
Dengan menyertai kelas ini, para pelajar akan mampu untuk memahami terus makna semasa membaca dan mendengar bacaan Al-Quran.
TENAGA PENGAJAR
Kelas Bahasa Arab Al-Quran akan dibimbing oleh Ustaz Ashraf Mohamed Kabsha Al-Mesri yang merupakan Pengarah, Imtiaz Academy dan Mudir Maahad Tahfiz Al-Hakim. Beliau berkelulusan Ijazah dan Master dari University Al-Azhar serta University Al-Madinah. Kini, beliau sedang dalam tahap akhir pengajian di peringkat Phd di Unisza, Terengganu.
WAKTU KELAS
Kelas Bahasa Arab Al-Quran akan diadakan pada setiap hari Khamis bermula jam 9.00 – 11.00 pagi bertempat di :
Darul Quran
Masjid Al-Hakim
Jalan Tanjong 17A
Taman Tanjong Chat
15300 Kota Bharu
Kelantan Darul Naimn
KADAR YURAN
Bayaran yuran adalah seikhlas hati dan akan disalurkan untuk kegunaan pengurusan serta pembangunan Maahad Tahfiz Al-Hakim
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Tel.Pejabat : +609-740 6720
HP : +6011-1148 4657
Whatsapp : Klik DI SINI
Telegram : Klik DI SINI