
TAJWID
برنامج احكام التجويد والتلاوة
Kelas
Tajwid & Tilawah
Online
pengenalan
Program ini dijalankan oleh beberapa guru yang telah memperoleh ijazah di dalam bidang Al-Quran dan mempunyai kepakaran di dalam bidang ini. Pelajar akan mempelajari hukum hakam tajwid dan tilawah secara :
1. Pelajar akan berusaha untuk memperhalusi hukum tajwid secara amali dan guru akan memperbetulkan kesalahannya.
2. Pelajar hendaklah memperbaguskan tarannum dengan Al-Quran, menjiwai maknanya dan memahami isi dan maksudnya sebagaimana ia diturunkan.
tujuan program
1. Membenarkan firman Allah : Dan bacalah AL-Quran secara tartil iaitu secara bertajwid.
2. Membenarkan firman Allah : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan kami lah juga yang akan menjaganya.
3. Membetulkan setiap kesalahan samada pada tilawah atau tajwid.
4. Menolong pelajar untuk mentadabbur Al-Quran kerana memperbaiki tilawah adalah satu jalan untuk mentadabbur Al-Quran.
kelayakan untuk program :
1. Terbuka kepada orang awam dan mereka yang mahu mempelajari ilmu tilawah dan tajwid bukan hanya pada teori malah dipraktikkan.
2. Mereka yang ingin membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan.

medium pembelajaran
Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar

Komputer/Laptop

Tablet

Smartphone
KEPERLUAN
Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :

Zoom Cloud Meeting
Untuk Kelas Live

Telegram
Untuk Kelas Audio/Rakaman

Imo
Untuk Panggilan Dari Luar Negara

Headphone
Kegunaan Semasa Kelas
- Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
- Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
- Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan
INDIVIDU
- Kelas Live, Video & Audio
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 2 Semester
- Masa : 1 Jam/Kelas
- Buku : Tajwid Bergambar
KUMPULAN
- Kelas Live, Video & Audio
- Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
- Tempoh : 2 Semester
- Masa : 1 Jam 30 Minit/Kelas
- Buku : Tajwid Bergambar