fbpx

TAHFIZ

Program
Tahfiz Al-quran
Online

pengenalan

Program ini dijalankan bertujuan untuk menghafal al quran serta menyebut huruf/ bacaan yang betul dan menjaga hukum-hukumnya dengan teliti di dalam ilmu waqaf dan ibtida’. Program ini mengajak golongan yang berminat untuk menghafal al quran sepenuhnya melalui :

1. Kaedah yang telah ditetapkan dari pihak Akademi Imtiaz.
2. Kaedah yang tidak ditetapkan iaitu mereka yang mahu menghafal setengah daripada surah-surah al quran. Kaedah jenis ini adalah pilihan dari pihak Akademi Imtiaz hanya meletakkan jadual yang sesuai mengikut pilihan pelajar.

Dalam program ini, pelajar akan didedahkan tentang bagaimana cara/ kaedah yang berkesan untuk menghafal, bagaimana cara untuk mengulangi bacaan lama dan seterusnya bagaimana untuk menjaga apa yang telah di hafalnya.

tujuan program

1. Menghafaz Al-Quran sebagaimana ia diturunkan,dan melagukan Al-Quran sebagaimana Rasulullah S.A.W mengajarkannya kepada para sahabat tanpa mencacatkan hukum tajwid dan tilawah.
2. Sebagai pra-syarat untuk memasuki program ijazah/sanad Al-Quran dari guru pakar dan berpengalaman.
3. Ingin memperbanyakkan huffaz Al-Quran yang bertujuan untuk menyucikan hati, memperbaiki ummah dan menjaga Al-Quran dengan baik.
4. Membuka peluang kepada orang islam/ muallaf yang terdiri daripada pelbagai bangsa untuk mengenali Al-Quran secara jelas.
5. Menolong orang islam untuk menghalusi Bahasa Arab dan maknanya melalui pergaulan mereka bersama Al-Quran.
6. Membentuk proses pengulangan Al-Quran bersama  para huffaz. Ini memudahkan hafazan mereka terhadap Al-Quran.
7. Mengajar Al-Quran kepada orang islam cara bacaan yang tepat serta hukum tilawah dan tajwid.

program tahfiz al-quran

kelayakan untuk program :

Mereka yang ingin menghafaz al quran/Terbuka semua peringkat umur.
PROGRAM PERTAMA :  Pilihan hafazan DAN Surah-surah Lazim.
PROGRAM KEDUA :  Hafazan secara berkaedah/sepenuhnya.

PROGRAM PERTAMA

Pilihan hafazan DAN Surah-surah Lazim.
Surah Lazim adalah surah yang anda biasa dibaca dalam solat lima Waktu dan solat sunat. Pelajar/ peserta di minta memilih surah yang menjadi pilihannya dan pihak Akademi Imtiaz akan memberi jadual yang sesuai mengikut sistem yang ditetapkan.

PROGRAM kedua

Hafazan secara berkaedah/sepenuhnya. 
Program ini meletakkan syarat kepada para pelajar untuk menghabiskan hafazan pada semua surah/Al-Quran sepenuhnya dalam tempoh lima tahun mengikut sistem yang telah digariskan.

medium pembelajaran

Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar

Computer

Komputer/Laptop

Tablet

Smartphone

KEPERLUAN

Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :

Zoom Cloud Meeting

Untuk Kelas Live

Telegram

Untuk Kelas Audio/Rakaman

Imo

Untuk Panggilan Dari Luar Negara

Headphone

Kegunaan Semasa Kelas

  • Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
  • Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
  • Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan

INDIVIDU

RM 50
00
Setiap Kelas
  • Kelas Live, Video & Audio
  • 1 Kali Seminggu
  • Tempoh : 5 Tahun
  • Masa : 1 Jam/Kelas
  • -

KUMPULAN

RM 50
00
Setiap Bulan
  • Kelas Live, Video & Audio
  • 1 Kali Seminggu
  • Tempoh : 5 Tahun
  • Masa : 1 Jam 30 Minit/Kelas
  • 5 Orang Pelajar/Kelas
Open chat
Assalamu'alaikum.
Boleh kami bantu tuan/puan?
Powered by