Program Keluarga

Kita semua tidak terlepas daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah Ta’ala. Kita semua adalah pemimpin dan kita semua dituntut untuk berbuat baik terhadap orang di bawah pimpinan kita kerana kita akan dipersoal oleh Allah Swt di akhirat kelak.

Baginda Rasul SAW amat menitik beratkan soal tangungjawab suami & isteri di dalam kehidupan berumahtangga serta kewajipan mendidik setiap ahli keluarga. Sabda baginda :

“dan seorang ayah adalah pemimpin bagi rumahnya dan keluarganya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka, dan seorang isteri adalah penjaga kepada rumah suaminya….”

Setiap lelaki itu bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya, membesarkan, mendidik, mengasuh, memperbaiki dan menyediakan apa yang mereka perlukan seperti tempat tinggal, makanan, minuman dan pakaian tanpa rasa kedekut atau berlebih-lebihan.

Dan wanita itu bertanggungjawab di rumah suaminya untuk menjaga suaminya dan membesarkan serta mendidik anak-anaknya. Firman Allah ta’ala di dalam surah Al-Tahrim ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Program Keluarga Hasanah

Bagi menjayakan hasrat untuk melahirkan ahli keluarga yang berilmu serta mempunyai jatidiri Islam yang kukuh, Akademi Imtiaz menawarkan program keluarga dengan penekanan terhadap ilmu Al-Quran, Tajwid, Tafsir, Fiqah, Aqidah serta Tarbiyah.

JADUAL KELAS

KELAS MASA SUBJEK 1 SUBJEK 2 SUBJEK 3
1 1 Jam 30 Minit Al-Quran 45 Minit Tajwid 15 minit Tafsir 30 minit
1 1 Jam 30 Minit Al-Quran 45 Minit Tajwid 15 minit Fiqh 30 minit
3 1 Jam 30 Minit Al-Quran 45 Minit Tajwid 15 minit Aqidah 30 minit
4 1 Jam 30 Minit Al-Quran 45 Minit Tajwid 15 minit Tarbiyah kanak-kanak 30 minit

medium pembelajaran

1. SECARA ONLINE

Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar

Komputer/Laptop

Tablet

Smartphone

KEPERLUAN

Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :

Zoom Cloud Meeting

Untuk Kelas Live

Telegram

Untuk Kelas Audio/Rakaman

Imo

Untuk Panggilan Dari Luar Negara

Headphone

Kegunaan Semasa Kelas

  • Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
  • Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
  • Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan

2. SECARA BERSEMUKA

Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Imtiaz Academy, No. 2386, Jalan Hospital, 15200, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

KUMPULAN

RM 490
00
Setiap Bulan
  • Kelas Online (Live, Video & Audio)
  • Kelas 4 Kali Sebulan (1 kali Seminggu)
  • Tempoh : 4 Semester
  • 1 Semester : 4 Bulan
  • Masa : 1 Jam 30 minit/Kelas
Klik Di Sini
1
Chat Imtiaz Academy
Assalamu'alaikum.
Boleh kami bantu tuan/puan?