
MAAHAD
TAHFIZ AL-HAKIM

Pengambilan pelajar baru
sesi 2021
Sukacita dimaklumkan bahawa proses pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2021 telah mula dibuka kepada para pelajar yang memenuhi Syarat Kelayakan berikut :
- Pelajar lelaki sahaja
- Berumur 12 hingga 16 tahun
- Boleh membaca Al-Quran
- Berminat untuk menghafal Al-Quran
- Sihat tubuh badan
Berikut adalah tarikh Ujian Kemasukan yang akan diadakan bertempat di Maahad Tahfiz Al-Hakim (MATA) :
TARIKH TEMUDUGA :
– 29 & 30 November 2020
– 13 & 14 Disember 2020
– 27 & 28 Disember 2020
– 3 & 4 Januari 2021
HARI : Ahad & Isnin
MASA : 8.30 pagi – 2.30 petang
PENDAFTARAN
Calon-calon yang berminat serta memenuhi Syarat Kelayakan boleh membuat pendaftaran dengan menekan butang di bawah :
PENGENALAN
Maahad Tahfiz Al-Hakim (MATA) diasaskan di negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia dengan menfokuskan kepada pengajian Al-Quran dengan riwayat Hafs daripada ‘Asim dan pengajian hukum qiraat yang mutawatir melalui guru yang pakar dalam bidang ini. Maahad Tahfiz Al-Hakim (MATA) diuruskan oleh Imtiaz Academy Sdn Bhd.
Tujuan utama penubuhan Maahad ini adalah bagi merealisasikan sabda Rasulullah SAW “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)” – Hadis riwayat Bukhari.
MATA juga turut memberikan focus terhadap pengajian Bahasa Arab yang mana Bahasa Arab ini merupakan alat yang penting untuk memahami Al-Quran serta ilmu-ilmu Islam seperti kata-kata Imam Syafie : “Setiap muslim wajib mempelajari Bahasa Arab dengan bersungguh-sungguh”.
MATA juga memberikan penekanan terhadap Pendidikan Ilmu Agama mengikut kurikulum Al–Azhar selain turut menyediakan pengajian subjek teras (utama) mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membolehkan pelajar mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Sejarah.
Dan kepada Allah SWT kami memohon taufik untuk melahirkan generasi pelajar yang menghafaz Al-Quran dengan penuh ketelitian di samping mereka dapat menguasai Bahasa Arab dengan empat kemahiran iaitu mendengar, bercakap, membaca dan menulis.
VISI
Melahirkan generasi (Quraani) pelajar yang menghafaz Al-Quran yang mantap dan mahir dalam Bahasa Arab untuk menjadi contoh terbaik bagi menyebarkan risalah Islam
MENGAPA MEMILIH
MAAHAD TAHFIZ
AL-HAKIM?
- Tahfiz ini berdaftar dengan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
- Tenaga pengajar mahir dan berpengalaman dari Mesir dan dalam negeri
- Kaedah pengajaran berkesan dengan bantuan alatan pembelajaran terkini
- Sijil Sanad Al - Quran yang bersambung dengan Nabi Muhammad SAW akan dikeluarkan oleh MATA
- MATA menyediakan kurikulum wajib kementerian bagi membolehkan pelajar mengambil SPM dan STAM
- Maahad akan mengurus pelajar mengambil SPM
- Lokasi berdekatan bandar Kota Bharu dan Airport
- Tahfiz bersebelahan dengan Masjid Mukim
- Membantu pelajar-pelajar yang ingin menyambung pelajaran di Mesir dan Timur Tengah
- Membantu pelajar-pelajar yang layak menyambung pelajaran ke Afrika Selatan
- Bagi pelajar yang berminat dan berpontansi, tetapi tidak mampu menyediakan perbelanjaan, MATA akan membantu melalui tabung kebajikan
- Asrama disediakan

MAKLUMAT PENGAJIAN
Peringkat Pendidikan
SUKATAN PELAJARAN
- PERINGKAT AWAL : Pada peringkat ini, pelajar mempelajari Al-Quran mengikut sukatan, yang mana pelajar dapat menghafaz Al-Quran sepenuhnya dengan bacaan yang betul, bertajwid dan dapat memahami makna ayat pada surah-surah tertentu.
- Pengajian Bahasa Arab dangan segala cabangnya seperti Nahu, Soraf, Imlak dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Arab.
- Pendidikan Ilmu Agama mengikut kurikulum Al–Azhar.
- Kurikulum wajib kementerian akan diajar untuk persediaan para pelajar mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan untuk kelayakan menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah.






PENDAFTARAN
Calon-calon yang berminat serta memenuhi Syarat Kelayakan boleh membuat pendaftaran dengan menekan butang di bawah :