KELAS BAHASA ARAB KOMUNIKASI TAHAP 1

23 Mac 2021 – Kelas pertama Bahasa Arab Komunikasi Tahap1 bagi tahun ini telah bermula pada 6 Mac yang lalu. Kelas online menggunakan aplikasi Zoom ini diadakan secara mingguan pada setiap hari Sabtu jam 10 malam. Alhamdulillah, pada kelas kali pertama ini telah disertai seramai 25 orang pelajar dari beberapa negeri di Malaysia. Pelajar dari Singapura juga turut tidak melepaskan peluang untuk turut serta di dalam kelas tersebut.

Ustaz Ashraf Mohamed Ibrahim Kabsha selaku pembimbing telah berjaya membuka pandangan pelajar tentang kemudahan mempelajari Bahasa Arab. Kelas Bahasa Arab Komunikasi menggunakan kurikulum At-Takallum yang sangat sesuai untuk semua peringkat kemahiran serta isi kandungan yang menarik.

Nama Guru :
Dr Ashraf Mohamed Ibrahim Kabsha
Universiti Al-Azhar, Mesir (Ijazah)
Universiti Al-Madinah (Master & Phd)

Jom belajar bahasa Arab komunikasi secara online bersama kami.
Info lanjut & pendaftaran, sila tekan link berikut : https://imtiazacademy.com.my/bahasa-arab-komunkasi/

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

BERITA LAIN...

Kelas Bahasa Arab Al-Quran (Kampus) | Imtiaz Academy

KELAS BAHASA ARAB AL-QURAN (KAMPUS)

Imtiaz Academy mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk mengikuti Kelas Bahasa Arab Al-Quran.

Sepanjang kelas berlangsung, para pelajar akan mempelajari kaedah menganalisa kosa kata Bahasa Arab Al-Quran.

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAAHAD TAHFIZ AL-HAKIM

Kelas pengajian Bahasa Arab Al-Quran ini diadakan oleh Imtiaz Academy Sdn Bhd dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Hakim dan Masjid Al-Hakim. Untuk makluman tuan/puan, Imtiaz Academy Sdn Bhd adalah diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Ashraf yang merupakan pengendali pengurusan Maahad Tahfiz Al-Hakim.

4 thoughts on “KELAS BAHASA ARAB KOMUNIKASI TAHAP 1”

  1. Alhamdulillah,
    Saya amat berminat dengan kaedah pembelajaran yang di sampaikan oleh Al Fadhil Sheikh Ashraf Mohamed Kabsha, seorang guru yang bagus dan mengambil berat pembelajaran anak2 murid beliau…

  2. Alhamdulillah. Terima kasih Al-fadhil Ustaz Dr. Ashraf, kerana menyediakan program Bahara Arab Komunikasi (BAK) yang amat bermanfaat untuk kami. Bersyukur kerana belajar BAK 1 di Imtiaz Academy, lebih2 lagi, Ustaz Dr. Ashraf mengajar dengan sistematik, santai, mudah dan menyeronokkan. Insyaa Allah, ilmu yang dipelajari akan dipraktikkan.

  3. Kamariah binti Yusof

    Alhamdulillah . Saya bersyukur sangat dengan adanya kelas online anjuran Imtiaz Academy ini saya berpeluang menimba ilmu tanpa perlu melangkah keluar dari rumah. Alhamdulillah Allah beri keizinan ini untuk saya mendalami ilmu Al Quran melalui kelas Talaqqi Bersanad . Saya juga menyertai kelas Bahasa Arab Komunikasi. Teruskan program seperti ini untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menjadi pencinta ilmu dan belajar tanpa batas waktu dan sempadan.Wallahuaklam.

  4. Alhamdulillah Allah kurniakan kesempatan untuk mengikuti kelas bahasa Arab di Imtiaz Academy bersama Ustaz Dr Ashraf. Pembelajaran yang santai tetapi berkesan kerana ada latihan di akhir kelas, ulangan pembelajaran dan diselitkan dengan hadis. Sangat teruja untuk masuk kelas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Klik Di Sini
Chat Imtiaz Academy
Assalamu'alaikum.
Boleh kami bantu tuan/puan?