BAHASA ARAB INTENSIF
SYARIKAT KORPORAT

Program intensif ini adalah khusus untuk kakitangan syarikat-syarikat pelancongan dan pengendali ibadah haji serta umrah. Program ini juga sesuai untu ahli-ahli perniagaan yang mahu memperkukuh penguasaan bahasa arab bagi tujuan komunikasi korporat.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Peserta akan dilatih tentang perbualan dalam bahasa arab dalam pelbagai situasi yang berbeza.
  2. Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan orang arab dalam bidang pelancongan dan pekerjaan dengan mudah.
  3. Mendedahkan pelajar dengan kemahiran mendengar.
  4. Peserta akan didedahkan dengan istilah-istilah yang selalu digunakan ketika berurusan di airpot (menempah penerbangan, pemasaran dan jualan).
  5. Membolehkan para pekerja (peniaga) mencapai pasaran arab dengan mempelajari istilah yang digunakan dalam e-pemasaran.
Bahasa Arab Korporat

KEISTIMEWAAN PROGRAM

  1. Tenaga pengajar dari negara arab yang berpengalaman dalam mengajar bahasa arab dan fasih berbahasa Melayu.
  2. Tenaga pengajar dari Malaysia yang berpengalaman dalam mengajar bahasa arab dan mereka dapat bertutur dalam bahasa arab dengan lancar.
  3. Sukatan pengajian : kurikulum khas yang disyorkan oleh majlis tertinggi bahasa arab di negara Mesir.
  4. Pelajar akan mendapat rakaman video bagi setiap sesi pengajian.
  5. Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan sijil daripada Akademi Imtiaz.
  6. Kelas diadakan mengikut kesesuaian masa pengajian.
  7. Kadar bayaran yuran yang rendah.

medium pembelajaran

1. SECARA ONLINE

Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet mahupun telefon pintar

Komputer/Laptop

Tablet

Smartphone

KEPERLUAN

Pelajar-pelajar yang akan menyertai program ini perlu install/download aplikasi berikut :

Zoom Cloud Meeting

Untuk Kelas Live

Telegram

Untuk Kelas Audio/Rakaman

Imo

Untuk Panggilan Dari Luar Negara

Headphone

Kegunaan Semasa Kelas

  • Pelajar perlu “install” aplikasi-aplikasi daripada Google Store, Apps Store atau website aplikasi yang berkaitan
  • Imtiaz Academy akan melatih para pelajar cara menggunakan aplikasi Zoom untuk kelas live
  • Imtiaz Academy akan memberikan video/audio kelas kepada mana-mana pelajar berdaftar apabila tidak dapat mengikuti kelas live pada waktu yang ditetapkan

2. SECARA BERSEMUKA

Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Imtiaz Academy, No. 2386, Jalan Hospital, 15200, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

KUMPULAN

RM 1600 Setiap Kursus
  • Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
  • Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
  • Kelas 8 Kali Sebulan (2 kali Seminggu)
  • Tempoh : 2 Bulan
  • 20 orang/Kelas
  • Masa : 1 Jam/Kelas
  • Buku : التعابير الشائعة في المحادثة العربية استمع وتحدث
  • Nota dari Imtiaz Academy
Klik Di Sini
1
Chat Imtiaz Academy
Assalamu'alaikum.
Boleh kami bantu tuan/puan?